Skip to main content

MATA YANG SIHAT PEMANDANGAN YANG LUAS

Petua ini sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tidak kiralah anda seorang programmer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.
Petua Menjaga Kesihatan Mata
1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, bapa saya masih mempunyai penglihatan yang agak baik walaupun usianya mencecah 76 tahun.
2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.
3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:-
  • a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah, jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik (misalnya ada nenek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu (kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he, dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.
  • b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
  • c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Itu senang jer, lawatlah blog yang ada warna hijau ...
4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur (terutama carrot & brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda, he he.. faham-faham sendirilah ye.

Comments

Popular posts from this blog

DISKAUN NOVEMBER 2020

BERIKUT ADALAH DISKAUN SEMUA PRODUK PERMATA HIJRAH  SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2020  Berikut adalah agent-agent Produk Permata Hijrah Kawasan Negeri Perlis. Klik di link berikut utk pesanan di kawasan anda: http://bit.ly/38B9wmh atau http://wasap.my/6011.../Hj+Wan+saya+nak+order+Permata+Hijrah Hj Wan JD Kawasan Kangar | Simpang Empat http://wasap.my/6019.../Hj+Mud+saya+nak+order+Permata+Hijrah Hj Mahmud Kawasan: Kuala Perlis | Bintong http://wasap.my/601945.../Cikgu+Hasni+saya+nak+order+Permata ... Noorhasni Kawasan: Arau | Jejawi | Mata Ayer | Chuping http://wasap.my/.../Kak+Naimah+saya+nak+order+Permata+Hijrah Naimah Kawasan: Padang Besar | Beseri